Saturday, March 20, 2010

Undi UMNO masuk syurga...TPM

Undi BN Boleh Masuk Syurga Juga


KUALA KRAI, 19 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun PAS, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.

Timbalan Presiden Umno itu berkata perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan PAS adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.

"Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (PAS) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini Jumaat.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Muhyiddin berkata PAS tidak mempunyai keupayaan untuk membangunkan negara termasuk merancang secara rapi aspek berkenaan.

Beliau berkata justeru penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai perlu memikirkan secara rasional terhadap kebolehan parti mana yang harus dipilih untuk membaiki taraf kehidupan mereka dan membangunkan kawasannya.

"Saya berpendapat kita perlu fikirkan secara rasional dan fikirkan soal masa depan," katanya.

Menurutnya BN mampu membangunkan negara dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik untuk rakyat.

-- BERNAMA

sumber:http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=419169

Tuesday, March 16, 2010

Khianat Dalam Perniagaan - Nik Abduh

khianat dalam perniagaan

Oktober 14, 2009 in amanah, ekonomi, jihad, wa zakkir

Salam Kamunting,

Keusahawanan bukanlah bidang yang saya pelajari semasa belajar dulu. Dari kecil sehinggalah habis pengajian saya di Mesir, saya hanya menumpu pada bidang ilmu – ilmu agama, khususnya bidang al Hadis. Makanya, saya mudah didorong untuk berpolitik kerana agama memaksa kita berpolitik.

Apapun, dari dulu saya minat melihat dan mendengar cerita perniagaan dan keusahawanan. Siapa tak suka dengar cerita duit dan kekayaan?

Semasa di India, saya pernah berlaba besar hasil daripada jualan barangan, terutama kain sari dari sana semasa pulang bercuti. Jadi, boleh acaplah saya pulang bercuti ke tanah air. Tetapi akhirnya, saya ditipu besar pula oleh masyarakat orang bukit atau orang asli dari pergunungan utara India yang datang ke ibu kota New Delhi kononnya membawa hasil kasturi. Ia cerita lucu paling lucu dalam sejarah saya dan kawan – kawan yang belajar di sana. Sampai sekarang, ia menjadi cerita pecah perut di kalangan kami.

Oleh itu, apabila saya pulang daripada belajar, minat saya itu rupanya telah mempercepatkan sahutan saya untuk menceburi bidang perniagaan. Ini sementelahan saya mula didekati rakan – rakan niaga daripada pelbagai cabang perniagaan. Sesetengahnya sudah pun berjaya dan kaya. Kebanyakannya masih dalam proses mencuba, rebah dan bangun.

10 tahun lepas, masihlah saya ingat bagaimana saya mula mengeluarkan modal yang agak besar juga daripada simpanan saya untuk memulakan perniagaan. Malangnya, dalam dua kelip mata saja, modal saya hangus berlabakan arang! Dalam tersandar saya mula menyedari betapa perniagaan adalah bidang persaingan hebat yang memerlukan ilmu dan pengetahuan.

Saya mula membaca buku mengenai perniagaan dan asyik sekali mengikuti penerangan, taklimat dan bertanya pasal perniagaan. Ia menyeronokkan.

Kemudian saya keluarkan lagi modal untuk memulakan penerokaan dalam pelbagai aktiviti keusahawanan. Sekali lagi saya terpaku dan terhenti apabila melihat sesetengah perniagaan itu dihiasi kecantikan yang didalamnya adalah penipuan, riba dan transaksi yang dilarang ugama.

Justeru saya mula berhati – hati dan membelek kembali kitab hukum kontemporari yang membuka lembaran jawaban yang baik sekali untuk melihat kepada kesempurnaan perniagaan dalam Islam.

Saya terus mendaki. Saya mula mengecapi keuntungan dan keseronokan. Oleh kerana semuanya nampak manis, saya berniaga dalam pelbagai sektor walaupun pada skala yang kecil. Tetapi malang sekali, keuntungan dan keseronokan yang dikecapi itu kadang – kadang dengan mudahnya direntap dan disentak daripada kita.

Sifat khianat adalah musuh yang sukar diramal. Khianat sering berlaku dalam lingkungan kawan – kawan sendiri. Khianat lawannya amanah. Amanah tidak diberikan kecuali kepada orang terpercaya. Apabila dia mungkir, berlakulah pengkhianatan yang sukar ditelan. Tetapi anda terpaksa menelannya. Sebabnya ia sebahagian daripada dunia perniagaan. Bahkan dunia kehidupan.

Dunia perniagaan sepertilah dunia politik walaupun ia tidaklah seteruk politik dan ahli politik. Ia bukan kembar, tetapi adik – beradik yang banyak kesamaan. Ia penuh rintangan, kepalsuan dan keganasan.

Ramai yang enggan berpolitik, malah sesetengahnya langsung malas ambil pusing tentang politik. Alasannya politik itu kotor dan dipenuhi pengotor, bahkan mengotorkan persekitaran kehidupan yang bersih dan aman. Tetapi anda tahu, ia adalah sama seperti sikap seorang yang enggan menangkap pencuri dirumah jirannya kerana takut rumahnya dicuri pula.

Ramai, terutama orang Melayu yang enggan berniaga, malah sinis sekali dengan dunia perniagaan. Kerjanya mentertawakan kawan – kawannya yang jatuh dalam perniagaan dan berkata, “Itulah kamu, tak dengar cakap aku.” Lalu dia merasakan dia telah beruntung kerana tidak berniaga. Tetapi anda tahu, memiliki sekumpulan pemangsa seperti inilah yang akan melambatkan kemajuan bangsa dan umat.

Jika anda ingin berkuasa dan adil, anda terpaksa terjun politik. Jika tidak, andalah sebab al Aqsa terus dijajah Yahudi. Jika anda ingin kaya dan pemurah, anda terpaksa terjun ke dunia perniagaan. Jika tidak, andalah sebab umat mustadh’afin dan faqir di dunia Islam sanggup menukar ugama mereka demi sesuap nasi! Tidak anda menjadi jari jemari yang mematahkan ego penguasa, tidak pula anda menjadi jari jemari yang menyuapi umat yang kelaparan. Yang ada hanyalah angan – angan bahawa anda telah ada iman yang hebat di dada!

Justeru berpolitik dan berniaga adalah kemuliaan. Ia tidak pun kurang sedikit berbanding dunia pendidikan, islah, ibadah dan lain-lain. Bahkan, dunia politik menentang kemungkaran dan kezaliman pemerintah adalah kemuncak jihad di dunia Islam hari ini.

Tiada yang malang apabila anda dikhianati dalam perniagaan. Yang malang adalah mereka yang mengkhianati anda. Mereka menunda kekayaan mereka ke belakang sedang anda hanyalah menarik hela nafas panjang untuk membolot kekayaan yang lebih besar.

Di sebalik kepahitan terpaksa menelan sifat khianat sesama sendiri, anda akan dikurniai rasa agung dalam diri kerana telah dikurniai Allah dengan sifat amanah. Amanah anda teruji dalam perniagaan. Setiap ujian memberikan kepuasan dan keyakinan pada diri sendiri yang tiada tolak bandingnya.

Paling bagus, anda mengenali kawan – kawan yang amanah dan mula belajar mengecami wajah - wajah yang amanah. Apabila anda memiliki persekitaran amanah yang menyokong anda, sesungguhnya itulah kekayaan yang mendatangi anda daripada jalan yang tidak anda sangkakan. Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti Allah membukanya jalan keluar dan mengurniainya dengan rezeki yang tak terjangkakan. Ia seribu dinar dari bawah bantal amanah dan taqwa.

Sepertilah dalam politik, saya tidak patah untuk mendepani setiap kemungkaran daripada dalam dan luar. Saya berusaha untuk sentiasa dalam memburu sifat benar dan amanah. Kerana ia matlamat saya, sesungguhnya saya telah terdidik untuk menjadi berani dan bersedia. Apabila saya lemah dan letih, saya segera membuangnya daripada terus membebani diri.

Orang khianat biasanya membawa bersama sifat buruk yang lain. Bohong bila bercakap. Degil bila dinasihati. Memfitnah bila menjawab. Yang pasti, mungkir pada janji.

Mula – mula ia mungkir janji dengan anda. Kemudian dia tidak pun merasa bersalah untuk memungkiri janji mereka dengan Allah. Apabila ditanya, mereka menuduh, berdusta dan mendusta.

Saat mereka miskin dan terdesak, mereka berdoa, jika mereka dikurniai Allah dengan rezeki melimpah ruah, pasti mereka akan bersedekah sebanyak – banyaknya dan menjadi daripada kalangan hambaNya yang bersyukur. Tetapi apabila Allah mengurniai mereka apa yang mereka pinta, lalu mereka menjadi kaya dan kembung, tiba – tiba mereka menjadi bakhil dan kedekut (Maksud ayat al Quran). Dengan manusia mereka kedekut sampai hutang pun tak nak bayar, lantas dengan Allah pun mereka boleh kedekut dan mungkir.

Hujah mereka, ini semua usaha mereka. Titik peluh mereka. Cerdik mereka. Itulah aku, Akulah tu, sebab aku. Seribu ini aku yang usahakan. Seratus ribu ini pun aku. 700 ribu ini pun aku. Sejuta inipun aku. Anda bayangkan betapa jijiknya mereka diresapi sifat – sifat buruk dalam kehidupan.

Semalam saya membaca tulisan Dr Juanda Jaya, mufti negeri Perlis Indera Kayangan dalam sebuah akhbar harian. Beliau menyelar perniagaan yang menggunakan nama agama atau institusi keagamaan demi membuncitkan perut sendiri dan meninggalkan amanah dan janji. Saya membacanya dua kali. Saya terpana, sedih dan kecewa.

Saya menyokong tulisan beliau. Kerana itu, saya menulis untuk menyokongnya.

Kemudian saya mendapati sedih dan kecewa saya bukanlah untuk saya. Ia adalah untuk orang lain yang gagal menginsafi diri mereka dalam dunia perniagaan. Adapun saya, saya akan sentiasa bangkit dalam perjuangan. Anda pun tahu, saya hidup untuk memburu sifat amanah dan benar.

sumber: http://nikabduh.wordpress.com/2009/10/14/khianat-dalam-perniagaan/

Produk Tok Guru...ada kisah disebaliknya...

KENAPA KAMI KELUARKAN PRODUK TG4ALL..HENTIKAN MEMBELI PRODUK TOK GURU KELUARAN (SIM)
Para pembaca sekelian bolehlah memerhati beberapa fakta di bawah yang diperolehi daripada sumber dalaman dan buatlah kesimpulan yang betul mengenai salah laku serius oleh pihak pengurusan yang mengeluarkan produk berjenama tokguru. Kami susun mengikut galur sejarah produk ini supaya lebih jelas.

1) Lebih kurang 5 tahun lepas, En Wan Hasnol telah mempertemukan Utaz Nik Abduh dengan Encik Fauzi atau Che Mat dan isterinya, Puan Hamizah untuk berbincang mengenai penubuhan syarikat perniagaan bersama. Hasilnya, tiga orang lagi dipertemukan, iaitu Ustaz Edrus, Encik Nazri dan Encik Zaidi.

2) 7 orang dengan latar belakang berbeza ini akhirnya telah sepakat untuk menubuhkan satu perniagaan dengan konsep mengumpulkan dana untuk sekolah ugama. Ustaz Nik Abduh telah disepakati untuk memimpin projek besar ini dan dilantik sebagai penaung dan pemegang amanah kepada dana tersebut.

3) Oleh kerana idea ini datang daripada Encik Wan Hasnol dan Ustaz Nik Abduh yang merupakan kenalan rapat, mereka sebulat suara menjadikan Maahad Tahfiz Nikmatillah, Pulau Melaka yang Ustaz Nik Abduh merupakan mudirnya sebagai sekolah ugana yang dimaksudkan. Ini juga disebabkan kekuatan nama Maahad Tahfiz yang dinaungi Tok Guru Nik Abul Aziz akan membantu memperkenalkan syarikat untuk diterima konsep perniagaannya oleh masyarakat.

4) Produk pertama yang dibincang dan diterima adalah produk rawatan melalui air as syifa' dan tulisan pinggan putih yang merupakan tradisi perubatan Islam. Encik Fauzi dan isteriya meyakinkan bahawa ianya akan diterima ramai memandangkan kepakaran dan pengalamannya dalam perniagaan ini semasa bersama syarikat 'MusOffa' sebelum dikhianati oleh syarikat mengikut dawaan mereka.

5) Ustaz Idrus pula ditugaskan sebagai penulis doa pinggan putih, manakala Encik Hasnol, Nazri dan Zaidi terlibat dlam kajian air dan pengilangannya dan juga produk - produk lain yang akan diperkenalkan.

6) Oleh kerana asas utama produk ialah bunga Za'faran, maka Encik Wan Hasnol telah mencadangkan nama syarikat didaftarkan atas nama Saffron Integrated Marketing (SIM)dan akhirnya diluluskan atas nama Encik Fauzi@che mat yang akan menguruskan syarikat terutama pemasaran.

7) Pada awalnya kesemua 7 orang memiliki hak masing - masing dalam syarikat, tetapi Encik Fauzi telah menyarankan supaya masing masing dengan tugas masing - masing dan dia memiliki syarikat supaya tidak berlaku masalah selepas itu. Krisis awal ini akhirnya tamat apabila semua bersetuju dengan cadangan Encik Fauzi.

Cool Keputusannya, Ustaz Nik Abduh diberi komisyen khas ke atas jualan produk sebagaimana sekolah diatas peranannya sebagai tunjang konsep perniagaan dan pemangkin kemajuan. Ustaz Edrus menerima bahagian berdasarkan tugasnya, manakala yang lain sebegai pembekal.

Cool Sebelum itu telah berlaku krisis awal di antara Encik Wan Hasnol dan encik Fauzi perihal perjalanan syarikat yang berakhir dengan pengunduran Wan Hasnol daripada perniagaan ini. Ustaz Nik Abduh mencadangkan bahagian Wan Hasnol dikekalkan kerana beliau merupakan orang pertama yang mempertemukan ketujuh - tujuh perintis projek tersebut. Encik Fauzi yang agak tegang dengan Wan Hasnol pada mulanya kurang bersetuju, tetapi Ustaz Nik Abduh berkeras. Akhirnya bahagian Wan Hasnol dikecilkan dan dikekalkan dan Ustaz Nik Abduh pemegang amanahnya.

9) Pada mulanya, Ustaz Nik Abduh dan Nazri adalah antara penyumbang utama suntikan modal, sedangkan yang lain termasuk Encik Fauzi hanya mengerah kudrat dan pengalaman kerjanya. Enciik Fauzi datang kosong dan 'sebatang kara' selepas jatuh dalam perniagaan dengan syarikat 'Musoffa' didakwanya mengkhianatinya. Sumbangan tersebut bersifat hutang dan sebahagiannya adalah pelaburan.

10) Perjalanan syarikat pada awalnya agak lembab disebabkan dua perkara utama. Pertama modal terhad untuk iklan dan promosi. Keduanya, keyakinan masyarakat terhadap kebenaran konsep perniagaan dana sekolah ini.

11) Ustaz Nik Abduh telah memainkan peranan belakang tabir yang besar didalam memberi penjelasan dan keyakinan kepada masyarakat terutama kawan - kawan seperjuangan. Manakala Encik Fauzi, isteri dan kumpulan pemasarannya telah benar - benar bertungkus lumus memasarkan produk. Encik Zaidi dan Nazri pula berusaha mengekalkan pengeluaran produk mengikut jadual walaupun dengan bayaran tertangguh oleh syarikat SIM.

12) Kelembapan syarikat akhirnya mencetuskan pertikaian dalaman di antara Encik Fauzi (SIM) dan Encik Nazri (kilang). Walaupun pada awalnya Ustaz Nik Abduh dan Ustaz Idrus yang bertindak sebagai orang tengah berjaya meredakan keadaan, tetapi keadaan syarikat yang dipenuhi hutang telah menajamkan lagi pertikaian di antara kedua- duanya.

13) Encik Fauzi mengancam untuk menutup syarikat jika hutang terus menekannya. Ustaz Nik Abduh menolak dan menegaskan perniagaan mesti diteruskan kerana beliau melihat kegagalan syarikat akan memberi kesan buruk kepada konsep perniagaan yang beliau perkenalkan bersama dan dukunginya.

14) Keputusan dibuat dengan Usaz Nik Abduh, demi kelangsungan syarikat bersetuju mengurangkan hak dan royalti sekolahnya dan dirinya. Hak sekolah yang semakin mengecil ini pula boleh dibayar bertangguh sehingga syarikat kembali pulih.

15) Encik Nazri mengambil keputusan berhenti daripada bersama dengan janji syarikat SIM akan melangsaikan hutang perniagaannya mengikut jadual. Sampai saat ini, perniagaan dikemudikan oleh 5 orang selepas dua orang meningalkannya!

16) Sokongan Ustaz Nik Abduh serta kesungguhan dan kebijaksanaan Encik Fauzi menguruskan iklan dan promosi di seluruh negara akhirnya mula menampakkan hasil apabila jualan syarikat mula menunjukkan peningkatan yang semakin baik.

17) Ustaz Nik Abduh mencadangkan untuk membuka komisyen/dana sekolah kepada sekolah - sekolah ugama SAR yang lain demi kejayaan dan keyakinan ramai terhadap syarikat. Ia telah disetujui sebulat suara. Beliau berjanji memotong sebahagian daripada bahagian Maahad Tahfiz Nikmatillah yang merupakan pemilik asal dana.

1Cool Faktor terbesar yang membawa kepada peninkatan ini ialah apabila minuman jus kesihatan yang berasaskan produk sunnah diperkenalkan atas jenama baru iaitu 'tok guru'.

19) Ustaz Nik Abduh pada mulanya agak keberatan untuk memberi kebenaran penggunaan jenama 'tok guru' atas alasan ia akan dilihat sebagai satu eksploitasi melampau. Tetapi selepas beberapa bulan dan alasan encik Fauzi bahawa syarikat seharusnya mendahului oaramg lain yang mungkin akan menggunakan jenama 'tok guru' untk syarikat mereka, akhirnya beliau mengizinkan. Encik Fauzi berjaya meyakinkan beliau bahawa syarikat SIM lebih berhak menggunakan jenama ini berbanding orang lain yang tidak berkonsepkan derma kepada sekolah.

20) Walaupun produk 'tok guru' mula menampakkan sambutan baik, tetapi ramai yang tidak berpuas hati dengan pengunaan nama tersebut. Untuk menunjukkan tiada unsur penipuan, syarikat telah mencadangkan plancaran prodduk tok guru oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz. Ustaz Nik Abdul bersetuju dan telah mendapatkan persetujuannya ayahnya.

21) Pelancaran oleh tok guru Nik Aziz akhirnya telah berjaya melonjakkan jualan produk tok guru dengan hebat sekali. Kemudian diikuti oleh pelancaran oleh Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang. Kedua - dua mereka telah menulis ayat - ayat assyifa' di pinggan putih. Gambar itu digunakan sepenuhnya oleh syarikat untuk meyakinkan masyarakat mengenai syarikat.

22) Hasilnya, syarikat telah membayar komisyen yang dijanjikan kepada sekolah sedikit demi sedikit walaupun tidak sepenuhnya. Encik Fauzi berjanji untuk melangsaikan komisyen tersebut setelah urusan pentadbirandan audit selesai. Ustaz Nik Abduh dan rakan - rakan yang lain bersetuju.

23) Dengan keuntungan jualan yang besar, Encik Fauzi telah menggunakan sepenuhnya peluang itu untuk terus melonjakkan pasaran produk tok guru. Dengan usahanya, beliau berjaya memasuki promosi di majalah majalah2 selain Harakah, di radio IKIM.com dan kemuncaknya di iklan di television.

24) Lonjakan demi lonjakan berlaku dan SIM masih gagal menjelaskan bayarannya kepada sekolah secara penuh. Sedikit demi sedikit tunggakan telah meningkat. Ustaz Nik Abduh dan rakan - rakan seperjuangan dalam syarikat telah mengingatkan Encik Fauzi agar segera melunaskan bayaran dan mengelak peristiwa lama berulang dengan hutang melampau. Encik terus berjanji dan terus membayar dalam jumlah tidak penuh dengan alasan mengukuhkan syarikat dan menyelesaikan audit kewangan.

25) Mengikut cerita dari dalam, keadaan tidak berubah dan Ustaz Nik Abduh mula mempertikaikan cara dan iklan yang memakan belanja besar tetapi bayaran yang tidak menepati kuantiti jualan yang semakin bertambah. Beliau meminta iklan dijadualkan balik demi menyeimbangkan kewangan. Saranan beliau diterima oleh rakan - rakan yang lain.

26) Malangnya Encik Fauzi seperti 'kemaruk' dan naik tocang, bahkan mula masuk tv bersama isteri untuk memperkenalkan produk tok guru dengan lebih agresif. Beliau juga tanpa persetujuan Ustaz Nik Abduh telah mengambil Ustaz Fauzi Mustafa sebagai duta produk dengan byaran ribuan ringgit setiap bulan.

27) Mengikut laporan, keadaan mula menjadi panas apabila Encik Fauzi mencadangkan tunggakan komisyen dipotong, bahkan mencadangkan bahagian sekolah dikurangkan dengan alasan belanja iklan meningkat dan mereka akan gagal melunaskan janji, jika tidak syarikat akan lingkup.

2Cool Ustaz Nik Abduh dikatakan naik berang dalam mesyuarat terakhir dan memberi amaran supaya bahagian sekolah tidak diganggu lagi memandangkan syarikat telah utuh. Tambahan pula, ia adalah janji syarikat secara bersama dengan Allah dan masyarakat. Beliau hanyalah pemegang amanah yang tak boleh berkompromi atau menyebelahi syarikat.

29) Keadaan semakin dingin apabila Encik Fauzi terus tidak membayar selama beberapa bulan dan tidak membuat sebarang laporan. Bahkan satu sumber dalaman memberitahu bahawa Encik Fauzi dengan nada sinis bertanya, bila pula Ustaz Nik Abduh nak keluar (sebagaimana rakan rapatnya)? Tidak diketahui adakah kata - kata ini sampai ke telinga Ustaz Nik Abduh.

30) Akhirnya, Ustaz Nik Abduh mengambil kepputusan keluar daripada SIM. Setelah tindakan ini mula dihidu oleh mereka yang mengikuti perkembangan SIM dan mula tersebar di internet, Ustaz Nik Abduh mengumumkan secara rasmi tindakannya keluar daripada SIM tanpa menyatakan sebab musabab.

31) Tindakan beliau telah menggoncangkan SIM dengan serangan bertalu- talu oleh yang terutamanya ahli PAS yang berforum di beberapa ruang internet. Seruan khianat dan boikot produk tok guru berkumandang.

32) Tindakan Encik Fauzi menyiarkan tindakan keluar Ustaz Nik Abduh dan mempertahankan integriti SIM dalam Harakah telah disambut Ustaz Nik Abduh dengan tulisan sinis dalam blognya bertajuk 'khianat dalam perniagaan'. Umum dapat meneka bahawa SIM adalah sasaran utama Ustaz Nik Abduh. Beliau menyifatkan SIM telah khianat kepada Allah dan masyarakat dan merosakkan tujuan asal syarikat. Tulisan beliau cukup tajam.

33) Walaupun Ustaz Nik Abduh memperakui menerima lebih RM100 ribu bayaran daripada SIM, tersebar berita bahawa tunggakan sebenar adalah melebihi setengah juta. Bahkan mengikut seorang kenalan rapat, Ustaz Nik Abduh pernah menyatakan bahawa beliau berhenti kerana tidak sanggup menjadi peminta sedekah menuntut amanah. Beliau juga memberitahu rakannya bahawa jika beliau tidak berhenti Ogos lalu, beliau menjangkakan tunggakan mungkin telah meningkat mencecah sejuta. Ini berdasarkan prestasi syarikat yang sedang memucak dan maklumat kilang pengeluaran.

34) Kesimpuln:

1- Walaupun Ustaz Nik Abduh dinamakan sebagai penaung dan pemegang amanah wang dana sekolah, beliau merupakan pemain utama yang menggerakkan syarikat di peringkat awal dan pertengahannya. Sesuai dengan tugasnya, beliau telah kurang berperanan apabila syarikat telah berkembang maju.

2- Antara bukti berkesannya peranan Ustaz Nik Abduh ialah:
1- Beliau berjaya menyatukan syarikat walaupun berlaku krisis yang menyebabkan keluarnya perancang utama iaitu kawan rapatnya sendiri, Encik Wan Hasnol.
2- Beliau menyuntik oksigen baru ketika pertikaian Fauzi-Nazri memuncak dimana salah seorang bertindak keluar, manakala Fauzi hampir menarik diri disebabkan masalah bebanan hutang dan kerugian syarikat.
3- Apabila Ustaz Nik Abduh meluluskan penggunaan nama 'tok guru' sebagai jenama baru syarikat, ia menggambarkan tahap penghormatan dan kuasa Ustaz Nik Abduh di dalam syarikat yang didengari dan diakuri.
4- Tindakan beliau meluluskan penggunaan jenama 'tok guru' adalah keberanian yang akhirnya memberi kejayaan besar kepada syarikat.
5- Usaha Ustaz Nik Abduh mendapatkan persetujuan kedua -dua tuan guru juga adalah kejayaan inisiatif beliau meyakinkan mereka dengan hala tuju syarikat.
6- Semasa berlaku krisis SIM dengan Ustaz Nik RAzi yang turut mengeluarkan produk atas jenama tok guru, Ustaz Nik Abduh telah berperanan meminta Ustaz Nik Razi tidak lagi menggunakan jenama tok guru yang dianggap SIM mengelirukan ramai selain jusnya sahaja. Ia adalah kejayaan yang disifatkan paling adil. SIM berkeras enggan menerimanya sehingga timbul isu saman menyaman.
7- Ustaz Nik Abduh memperolehi pendapatan mencecah 5 angka daripada syarikat. Tindakan keluar beliau tanpa menghiraukan kerugian yang bakal menimpa sudah cukup menggambarkan sikap integriti beliau di dalam menjaga amanah.

35) Adalah nyata SIM telah mungkir janji dan khianat.
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=88401572678194277
Ustaz Nik Abduh mengumumkan untuk mengeluarkan produk baru melalui syarikat baru demi meneruskan kelangsungan cita - cita awalnya yang murni. Beliau mendakwa melalui blognya mendapat sokongan kawan - kawannya. Siapa? Itu masih menjadi tanda tanya. Apakah ini akan menjadi 'turning point' kepada kejatuhan SIM yang disifatkan khianat oleh beliau? Itu masih menjadi tanda tanya.

INILAH DUNIA PERNIAGAAN. RASULULLAH MENYEBUT BAHAWA PENIAGA YANG AMANAH AKAN BERSAMA MALAIKAT 'KIRAMIN BARARAH'. BAGAIMANA DENGAN YANG KHIANAT? SIM SEMESTINYA SEDAR DIRI!!

TUKARLAH KEPADA PRODUK TG4LL UNTUK MENJAMIN AMAL JARIAH ANDA KEJALAN YANG BETUL DAN DI REDHAI OLEH ALLAH S.W.T

http://tokguruent.blogspot.com/

sumber: http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=17830

Tuesday, March 2, 2010

Anwar telah bersumpah!

Namun, bolehkah mereka terima?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...