Sunday, April 3, 2011
Siapa kata Kerajaan BN naikkan harga petrol?
Cuba korang baca betul-betul.Kerajaan BN tidak lagi mengumumkan kenaikan harga petrol sebaliknya kenaikan diumumkan oleh NGO.Jadi,kerajaan BN tidak akan dipersalahkan.Inilah langkah selamat yang dilakukan oleh BN bagi menyelamatkan mereka dalam PR Sarawak nanti.BIJAK!BIJAK!
KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 akan naik 20 sen kepada RM2.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti, berkata kenaikan harga itu bagaimanapun tidak membabitkan petrol RON 95 dan bahan api lain.
Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lalu.
"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat," katanya ketika dihubungi di sini.
Zulkifli juga berkata, harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.
Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter. - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment