Friday, May 27, 2011
BUKTI: Kerajaan Barisan Nasional sayangkan rakyat (hahahahaha)
Ni sumber dari Utusan Malaysia
PUTRAJAYA 27 Mei - Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.
Kenyataan itu dikeluarkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, di sini, petang ini. - Utusan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm
Ni sumber dari Malaysiakini
Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.
NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.
electric bill 130608Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.
Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.
“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.
Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.
Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.
Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.
sumber:http://www.malaysiakini.com/news/165307
APA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN BN SEMUA DEMI KEPENTINGAN RAKYAT.
NAIKKAN HARGA GULA,TUJUANNYA BAGI MENGELAK RAKYAT KENA KENCING MANIS.
NAIKKAN HARGA MINYAK MASAK,TUJUANNYA MENGURANGKAN KOLESTROL RAKYAT.
NAIKKAN HARGA MINYAK PETROL,SUPAYA RAKYAT TAK NAIK KENDERAAN,JD RAKYAT AKAN SIHAT SEBAB BANYAK BERJALAN KAKI.
NAIKKAN TARIF LETRIK,SUPAYA RAKYAT TAK TENGOK TV.SBB TV BANYAK RANCANGAN YG MELALAIKAN....
THINK POSITIVE...HAHAHAHA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment