Wednesday, May 4, 2011

Video Pembunuhan Osama Laden


OBAMA N DA GENG DOK LAYAN VIDEO PEMBUNUHAN OSAMA SECARA LIVE...KORANG PERCAYA KER?
WASHINGTON: Presiden Barack Obama menonton siaran video di kaca televisyen ketika seorang anggota komando menembak mati Osama bin Laden di Pakistan.

Menerui kamera video yang dipasang pada topi seorang anggota komando tentera laut AS, Obama menyaksikan bagaimana Osama ditembak pada mata kirinya.


Anggota komando itu kemudian menembak pemimpin Al-Qaeda itu sekali lagi, mungkin pada dadanya untuk memastikan dia mati.


Rakaman pembunuhan di tempat persembunyian Osama itu, dikatakan menunjukkan seorang isterinya bertindak sebagai perisai untuk melindunginya.


Wanita berkenaan terbunuh bersama-sama tiga lelaki lain, termasuk seorang anak Osama.


Dalam masa beberapa jam, pemimpin al-Qaeda itu dikebumikan di laut.



Meskipun Presiden Obama mendakwa kematian Osama menjadikan dunia lebih selamat dan lebih baik untuk didiami, ketua Agensi Perisikan Amerika Syarikat berkata, kumpulan militan Islam sudah pasti bertindak balas.


Amaran itu dibuat sehari selepas: - Hubungan antara Pakistan dengan Barat menjadi tegang berikutan kepercayaan ketua perisikan di Islamabad tidak mengetahui Osama tinggal kira-kira 300 meter dari akademi tentera terkemuka negara itu.



- Pegawai Amerika berusaha mewajarkan penyeksaan tahanan di Teluk Guantanamo dengan mendakwa ia membolehkan pemburuan Osama berjaya dilakukan.


- Ia mendedahkan seorang anggota militan yang ditahan di Pakistan berkata pada 2004 bahawa Al-Qaeda akan meletupkan bom nuklear di Amerika Syarikat jika Osama dibunuh atau ditahan.


Sementara itu, Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, kematian Osama dialu-alukan di seluruh negara itu.


Bagaimanapun, langkah keselamatan ditingkatkan. “Kematian Osama tidak menandakan berakhirnya ancaman yang dihadapi daripada kumpulan pelampau.


“Malah, kita perlu lebih berjaga-jaga dalam masa beberapa minggu akan datang,” katanya.


Setakat ini belum ada sasaran khusus yang dipercayai akan menjadi sasaran serangan berikutan kematian Osama.


Bagaimanapun, potensi sasaran di Britain, termasuk pusat pelancongan dan lokasi perdagangan popular, termasuk Parlimen, kata pakar keselamatan. - Agensi

sumber:utusan malaysia

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...