Sunday, May 8, 2011

BUKTI PEMBOHONGAN:Giliran Jeff Oii pulak buat report polis ke atas UTUSAN MALAYSIA.


vvvvvvvvvvvvvvvvvsssssssssssssssssssssssssssss


Ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi membuat laporan polis ke atas akhbar Utusan Malaysia dan seorang penulis blog berhubung dakwaan “berniat jahat” melalui laporan yang mendakwa bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menukar agama rasmi negara. Ooi yang juga anggota jawatankuasa pusat DAP mahu polis menyiasat Utusan Malaysia atas laporan bertajuk ‘Kristian Agama Rasmi?’ yang menjadi tajuk utama akhbar berkenaan semalam.

Selain itu, laporan berkenaan juga dibuat berhubung laporan akhbar itu di halaman lima, bertajuk ‘Dua halaman blog dedah ikrar paderi seluruh negara’ dan ‘Jeff Ooi nafi anjur majlis’.

Ooi berkata, tulisan tersebut membayangkan bahawa beliau telah menghadiri satu pertemuan bersama pemimpin agama Kristian pada Jumaat lalu di mana kumpulan berkenaan telah berdoa supaya Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan supaya seorang Kristian menjadi perdana menteri.

Laporan dalam Utusan Malaysia itu adalah berdasarkan tulisan di satu blog pro-Umno, Zakir Mohammed bertajuk ‘Making Christianity the official religion’ yang turut mendakwa bahawa Ooi telah menganjurkan pertemuan berkenaan.

Zakir dan seorang penulis blog yang tidak dikenali turut menyiarkan satu foto yang menunjukkan sekumpulan penganut agama sedang berdoa.

Bercakap dalam satu sidang media di Pulau Pinang hari ini, Ooi menggesa Zakir dan Utusan Malaysia supaya memohon maaf kepada semua penganut Krisitan dalam tempoh 24 jam atas dakwaan yang dilemparkan itu.

Ooi berkata, Utusan Malaysia juga telah menyimpulkan dalam laporan berkenaan bahawa DAP terlibat dalam satu tindakan berbahaya dan mendakwa parti itu membawa strategi politik cauvinis Cina ke tahap yang tinggi dan sensitif.

Ooi juga berkata, penulis blog berkenaan juga cuba untuk menimbulkan sentimen anti-Cina di kalangan orang Melayu walaupun tidak kesema masyarakat Cina merupakan penganut Kristian.

PAS juga hari ini telah menggesa tindakan tegas dikenakan ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang dalam laporannya mendakwa pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas, lapor Harakahdaily.

Mengulas taktik kotor Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim menyifatkan laporan berkenaan tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang sebahagian besar mereka beragama Islam.

“Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?

PAS menggesa agar kerajaan menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia.

“Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) seharusnya merasa malu sekiranya gagal bertindak dan fenomena ini seandainya tidak dibendung, ia tidak mustahil menyemarakkan api permusuhan antrara agama dan kaum,” tegas Tuan Ibrahim.

sumber:KLPost

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...