Monday, July 20, 2009

DAP bunuh Teoh?

Laa...hidup lagi rupanya Ezam al-kataki al-kotaki wal-hitami ini. Di Manek Urai tak muncul dan nampak batang hidung pun.. Tiba-tiba muncul pula di Kg.Kanchong Darat,Banting Selangor pada Ahad malam.

Kalau mereka (DAP) berani tuduh SPRM yang membunuh Teoh Beng Hock,maka tanpa perasaan gentar saya pula yang mendakwa mereka (DAP) yang bunuh Teoh.

Demikianlah kata Ezam Md.Nor dalam satu majlis ceramah di Kg.Kanchong Darat,Banting Selangor malam tadi (Ahad).

Kata Ezam lagi, tiada sebab untuk SPRM membunuh saksi mereka kerana ianya amat penting kepada SPRM. Sudah tentu si perasuah yang membunuhnya kerana bimbang kegiatan rasuah mereka didakwa oleh SPRM.Mengapa kita harus takut untuk untuk menuduh mereka,jika mereka terus menerus menuduh SPRM dan Barisan Nasional yang melakukan semua ini. Demikianlah kata-kata Ezam dalam ceramahnya malam tadi.

Itu pun ada juga orang umno percaya cakap Ezam. Punya bangang tak dak dah.. kata orang utara. Teoh mati dalam pejabat SPRM dalam siasatan SPRM. Masa bila pula DAP pi bunuh Teoh. Beginilah rupa sebenar Ezam ingatkan cerdik tapi bangang sebangangnya. Akai ada ka...

Saya cadangkan DAP saman segera Ezam. Bagi saya, dia memang saja nak cari publisiti murahan setelah dia tahu karier politik dan kredibelitinya jatuh merudum.

Dia memang suka DAP saman dia sebab boleh jadi popular balik.

Entahlah Ezam oi.. Nasib hang la.. antara maruah dan habuan... Ezam Al-Kataki Al-Kotaki Wal-Hitami.. Sekejap ada..sekejap tiada..

Jawapan Kepada Isu YB Nizar memegang lilin pada suatu majlis

Ekoran dari kematian secara misteri yang menggemparkan seluruh negara ke atas Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SPRM Selangor, dan membawa kepada beberapa sidang media dan perhimpunan yang diadakan diseluruh negara termasuklah yang telah dianjurkan olah Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dihadari oleh DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan saya sendiri.

Isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Berkebetulan sebagai seorang Cina Islam saya rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebutAkhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-

"Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya IslamPensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutnya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini" Katanya kepada Sinar Harian semalam"

Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-


1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upacara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 July , bertempat di wisma DAP Ipoh. Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimasjid.Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Masjid berbaris masuk ke dalam masjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar (saya ada koleksi gambar mengenai upucara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upacara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoalkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakuan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".

6. Banyak lagi tindakan dan perlakuan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur oleh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upacara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan fitnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat
Allahu Aklam..
Kenyataan media pada 20 July 2009
Drs.Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong/Ketua Penerangan PAS Perak,


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, July 15, 2009

Lagi cubaan membunuh diri

Ramai plak orang yang nak bunuh diri skang ni...

Tuesday, July 14, 2009

Kekalahan Pas Di Kelantan

PAS sebenarnya kalah di Manek Urai…

1. Kalah dari segi janji-janji pembangunan
2. Kalah dari segi taraf akademik calon
3. Kalah dari segi curahan wang ringgit secara tunai
4. Kalah dari segi sokongan media cetak dan elektronik
5. Kalah dari segi sokongan agensi kerajaan
6. Kalah dari segi bilangan undi yang merosot
7. Kalah dari segi kemudahan jentera pilihanraya

Walaupun PAS memang dengan 65 undi, sewajarnya PAS membuat satu post-mortem (muhasabah) dan kajian mendalam dalam mencari punca kalahnya PAS di Manek Urai dalam keadaan situasi UMNO/BN yang telah goyah.

PAS sepatutnya boleh menang dengan selesa, namun beberapa tindakan pimpinan yang bertelagah sesama sendiri yang telah dibuka pekungnya oleh media cetak dan elektronik secara tidak langsung berjaya di”embedded”kan kedalam otak para pengundi.

Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya pada masa ini dalam proses pembersihan organisasinya dan meneruskan kerja keras untuk menunaikan semua janji-janji sebelum PRU12 dahulu. Ketiga-tiga komponen dalam PR (PAS, DAP dan PKR) perlu bergerak seiring dan tidak bertelagah sesama sendiri. Ujudkan satu mekanisma untuk menyaring semua maklumat dan satu jawatankuasa umum yang memantau semua perjalanan negeri-negeri yang ditadbir oleh PR.

Ini penting demi untuk kelangsungan Pakatan Rakyat dan bagaimana ianya memberikan contoh terbaik demi mencorakkan pentadbiran yang telus, cekap dan amanah.

Isu-isu seperti kes pusat penyembelihan **** di Kampung Berjaya dan isu perumahan di Kampung Buah Pala sepatutnya ditangani dengan baik oleh jawatankuasa umum sebelum ianya dijadikan bahan peluru oleh media massa milik UMNO/BN untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Banyak lagi sebenarnya isu-isu yang sepatutnya dibawa kepada perhatian jawatankuasa khas Pakatan Rakyat (JKPR) untuk disiasat dan diselesaikan mengikut lunas-lunas undang-undang yang sepatutnya tanpa perlu mendapat liputan luas oleh media yang sebenarnya cuba untuk melaga-lagakan dan memerangkap PR.

ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sewajarnya digalakkan kurang memberikan komentar secara terbuka kepada mana-mana media cetak dan elektronik demi untuk mengelakkan disalah takrifkan atau disalah tafsirkan untuk kepentingan media tersebut. Adalah lebih baik sekiranya ditetapkan bahawasanya hanya jurucakap JKPR sahaja yang dibenarkan untuk memberikan komentar dan ulasan.

Kepada Pimpinan Pakatan Rakyat, saya menyeru agar anda dengan segera menubuhkan JKPR ini demi untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada dipecah belahkan oleh media milik UMNO/BN dan sekutunya.

petikan dari carigold

Monday, July 13, 2009

Budak Sekolah Gaduh Di Luar Surau.

Ni ada lagi video budak2 betina yang gaduh kat tempat awam.

Live Dari Manek Urai

Keputusan dan perkembangan terkini Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai Kelantan boleh didapati di sini

Sunday, July 12, 2009

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...