Saturday, April 2, 2011

GAMBAR: Gereja Negara?




Inilah gambar Gereja Negara yang didakwa dalam proses pembinaan. Lihatlah betapa canggihnya binaannya.Masjid Negara macamana?Apakah agama rasmi Malaysia sebenarnya?

Friday, April 1, 2011

GAMBAR: Solat 2 Imam?



Setelah menerima lampu hijau untuk bertanding di 5 kerusi DUN, iaitu di Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu, PAS telah menggiatkan aktiviti kempennya walaupun penamaan calon belum diadakan. Menjadi kelaziman PAS mahupun PKR dan DAP, dalam mana-mana pilihan raya merekalah yang paling dahulu memulakan kempen. Keadaan inilah yang berlaku di Sarawak ketika ini menjelang penamaan calon Pilihan Raya DUN Sarawak pada 6 April ini.

Mencetuskan peristiwa, PAS yang akan bertanding menentang BN-PBB di DUN Sebuyau telah mula menggerakkan jentera pilihan raya. Selain rakyat tempatan, ramai ahli PAS di Semenanjung juga telah datang berkampung di Sarawak bagi membantu calon PAS. Dalam kesibukan berkampung, amalan PAS di mana-mana tempat menjadi perhatian penduduk tempatan khususnya dalam menunaikan solat di surau.

Pada ketika penduduk tempatan menunaikan solat Isyak berjemaah di Surau Kampung Hulu, Sebuyau, sekumpulan ahli-ahli PAS yang bersemangat untuk berkempen lebih rela menunggu di belakang jemaah tempatan yang sedang khusyuk berjemaah Isyak. Ketika menunggu dan mundar mandir di bahagian belakang jemaah, mereka ini (ahli-ahli PAS) membuat bising dan bercakap seperti tiada orang di sekeliling mereka. Menjadi persoalan, apakah mereka ini tidak mempunyai adab dan budaya ketika jemaah lain sedang bersolat dan mereka ini pula yang alim kononnya sanggup membuat bising sehingga menganggu jemaah lain yang sedang bersolat?

Sebaik saja jemaah penduduk tempatan selesai bersolat dan bersalaman, mereka terus bergerak ke hadapan dan terus bersolat dalam kumpulan mereka. Perbuatan ini telah mengundang sejuta persoalan kepada penduduk tempatan, kenapakah mereka (ahli PAS) sanggup membuat perkara sebegitu?

Menurut penduduk, belum pernah dalam sejarah kampung perkara sebgini berlaku di kampung mereka. Perbuatan sebegini seolah-olah masyarakat Melayu berpecah belah disebabkan ideologi politik. Apakah disebabkan kebanyakan penduduk kampung yang berjemaah itu merupakan penyokong dan ahli-ahli BN, maka mereka ini tidak mahu solat berjemaah bersama-sama?

Andai perbuatan ini merupakan solat jamak bagi kumpulan PAS yang baru datang dari Semenanjung, tidak masuk akal kerana tingkahlaku dan kejadian itu berlaku setiap hari. Perbuatan itu sedikit sebanyak membuatkan penduduk tempatan apakah ajaran Islam yang dibawa PAS yang berselindung disebalik memperjuangkan Islam?

Bagi penduduk tempatan Sebuyau, perbuatan ini tidak sewajarnya wujud di Sarawak memandangkan mereka sebelum ini tidak pernah menghadapi perkara sedemikian. Kedatangan PAS di Sarawak bukan sahaja mahu mendapatkan kuasa politik, sebaliknya mahu memecahbelahkan penduduk Islam di Sarawak seperti mana yang mereka lakukan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

http://penilaisebuyau.blogspot.com/2011/04/solat-dua-imam-di-sarawak-perkara-yang.html
Salahkah tindakan penyokong PAS itu?
Bukannya solat serentak pun.Dorang tunggu imam pertama tu selesai.

GAMBAR: Cico anak Uji Rashid bersama PAS



Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)...

kredit to bloglistpolitik

Tuesday, March 29, 2011

GAMBAR: Adakah ini pelacur cina yang didakwa bersama Anwar Ibrahim?

Saya tidak nampak persamaan di antara kedua-dua gambar tersebut.Anda bagaimana?


http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/03/inikah-wajah-couple-anwar-dalam-video.html

Monday, March 28, 2011

GAMBAR: Adakah ini gambar di Carcosa?

Perhatikan betul-betul di bahagian perut.


sumber

Saturday, March 26, 2011

Panas!Bukti Anwar Ibrahim tidak terbabit dalam video sex.


“Mustahil Anwar terlibat video salah laku seks memandangkan saya bersama beliau pada petang hari kejadian,” demikian kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Dungun, Abd Rahman Yusof.

Beliau berkata demi-kian ketika mempersoalkan video salah laku seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Abd Rahman menganggap isu yang kononnya dibongkar satu kumpulan diketuai Datuk ‘T’ itu hanyalah fitnah sambil menyifatkannya melampau dan melebihi had.

“Pada 21 Februari lalu, saya ada di rumah Anwar kerana terlibat dengan mesyuarat staf bagi tujuan pengurusan program pada bulan itu dan Mac ini. Jadi bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, sedangkan kami bersama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang individu menggelari dirinya Datuk ‘T’ mendedahkan kepada media didakwa rakaman video salah laku seks pemimpin tertinggi PKR di hotel.

Rakaman berdurasi 21 minit itu menunjukkan individu terbabit mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing, dirakam pada 21 Februari lalu.

Abd Rahman turut khuatir sekiranya semakin ramai orang Islam di negara ini ‘difasikkan’ berikutan fitnah yang dilempar terhadap Anwar.

Beliau turut difahamkan bahawa video itu hanya merakam individu dikatakan Anwar dari pandangan tepi, selain bentuk badan tidak menunjukkan bahawa ia adalah Anwar.

“Saya bimbang orang ramai yang percaya dan menyebarkan perkara sedemikian boleh termasuk golongan fasik,” katanya./PPB
http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=6521

Friday, March 25, 2011

Orang Umno pun tak percaya Anwar Ibrahim di dalam video sex tu.

PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR
Written by Webmaster
Friday, 25 March 2011

PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR

Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.

Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Benar persoalan yang mahu ditanya adalah BENARKAH ANWAR IBRAHIM ORANG YANG TERLIBAT DALAM VIDEO ITU? Semakin ghairah persoalan itu. Mereka yang dipanggil pada petang/malam 21hb March 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu BUKAN ANWAR IBRAHIM. Mereka yang melihat video itu dan berbual secara peribadi dengan Rahim Tamby Chik pada hari tersebut adalah Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul – kedua-duanya dari PKR. Dalam kenyataan Badrul Hisham Shaharin ada seorang BLOGGERS UMNO yang mengikutinya untuk menonton video lucah Carcosa itu. Beliau tidak mahu menyeret bloggers UMNO tersebut dan tidak mahu menyusahkannya. Apabila diajukan soalan siapa dia, BADRUL HANYA MENJAWAB TUNGGU DIA BERITAHU SENDIRI. Satu tindakan baik dan amat dihormati. Siapa bersama Badrul Hisham pada 21hb March 2011 yang menonton video itu dan bukan kalangan PKR tetapi UMNO ? Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau - yang beliau rujuk sebagai : BLOGGERS UMNO itu adalah saya sendiri!

Saya telah diajak oleh Badrul Hisham Shahrin menghadiri panggilan Datuk T ke Shangrila pada malam 21hb March 2011. Mungkin sayalah seorang blogger UMNO, ahli UMNO yang dapat menonton video lucah Carcosa pada hari video itu didedahkan. Mungkin itulah sebabnya saya katakan pada awal tulisan ini – ada kalanya keghairahan itu merugikan dan menyulitkan.

Mungkin tidak menonton lebih baik dari menonton. Akhirnya – sebelum spekulasi berterusan mengatakan mengenai orang UMNO yang hadir menonton bersama Chegubard yang juga adalah rakan baik saya – saya membuat pengakuan bahawa saya adalah orang ke 3 selepas dimaklumkan bahawa Johari Abdul, Badrul Hisham menonton pada malam 21hb March 2011 tersebut dan saya adalah ahli UMNO dan bloggers UMNO yang dimaksudkan oleh Chegubard. Saya juga dalam pengakuan ini menetapkan bahawa kehadiran saya adalah kerana jemputan/pelawaan dan kemahuan saya menuruti rakan saya Badrul Hisham Shaharin dan ini dilakukan atas kapasiti saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain, organisasi dan badan lain yang saya sertai. Sekian di maklumkan – Anuar Mohd Nor anuarmohdnor@gmail.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...