Tuesday, August 4, 2009

Gambar MPV Perodua terbaru



Dijangka keluar pada November 2009.
Harga diantara RM58k - RM66k.
Amacam?berbaloi tak?

Wajah penyokong ISA yg ala2 mat saleh...




ak tiru stail mat saleh tapi kulit sawo matang ,kalau mai nak relaks dan hisap rokok sambil borak macam ni baik tak usah mai pi relaks kat kedai kopi lagi baik, kenapa yang ni polis tak lepas gas dan pancut air, kerana jumlah tak sampai 10 orang.

Tapi yang sampai 100 ribu tu, polis kata hanya 5 ribu saja, lawak betui depa ni, bahkan ada yang mendakwa nak mempertahankan ISA kerana nak jaga hak keistimewaan Melayu yang dah banyak dilondehkan oleh UMNO selama ini, dari segi bahasa Melayu dan PPSMI, setelah dibuat demo oleh pejuang bahasa baru nak batalkan itupun lepas PRU 13 kalau BN boleh lagi menang mungkin tak jadi hapus, bagaimana BERNAS yang dah dipunyai oleh syarikat Hong Kong, dan yang menghapuskan imuniti raja-raja Melayu melalui krisis perlembagaan sekitar 80 an, dan tentang banyak peluang berniaga yang dinafikan kepada oarang Melayu yang tak sebulu dengan UMNO, hanya membela UMNOputra, bahkan pinjaman untuk PPRT dan TEKUN pun hak istimewa orang Melayu dinafikan oleh mereka kerana tak menyokong BN dan lihat Kelantan yang hampir 100 % Melayu pun dinafikan hak royalti bukan kerana jarak tetapi kerana Melayu ni tidak menjadi penyokong BN.

Ana tertarik amat bila kenyataan media kata pendemo hanya 5000 orang, tapi mengikut analisa yang dibuat pemerhati bebas polis yang berjumlah 5000 orang, kalau dibuat pemerhatian kasar dalam perbandingan begitu, memang angka itu boleh menjangkau 100 ribu orang. Bertuah polis 5000 org dapat pantau 100 ribu, bayangkan kalau jumlah ini nak pantau penjenayah, rasanya hancai habis .

Yang mengkagumkan, dilihat disini ramai anak muda yang meluat dengan ISA ini, hanya set Perkasa dan Pewaris saja yang suka waris mereka kena tahan tanpa bicara kut.

Ka lau betul ISA nak jaga keselamatan negara, bawa Mat Sah dan yang lain bicara ke mahkamah dan nyatakan kesalahan mereka. Minta mufti keluar fatwa kurong suami tak bagi jumpa isteri selama 7 tahun tanpa alasan munasabah berdosa kah tidak.

Ayuh bersama kita benamkan BN sekali lagi di permatang Pasir.

http://mppendang.blogspot.com

Saturday, August 1, 2009

JANJI TUN RAZAK YANG DIKHIANATI NAJIB

Tun Razak beri jaminan ISA hanya untuk pengganas komunis
July 31, 2009, 2:32 pm
Filed under: 1
GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI) akan mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 1 Ogos ini sempena penyerahan memorandum kepada Istana Negara menggesa supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Tanggal 1 Ogos akan datang juga adalah tahun ke-49 ISA diluluskan Parlimen. Apakah tujuan sebenar ISA diwujudkan? Ikuti sedutan ucapan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak Husain ketika Rang Undang-undang ini dibawa ke Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960.

Tuan Yang Dipertua, saya suka hendak terangkan sedikit berkenaan dasar Rang Undang-undang (Keselamatan Dalam Negeri) ini.

Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat ketahui bahawa Kerajaan bercadang hendak menamatkan darurat yang ada pada ketika sesudah 12 setengah tahun lama-nya iaitu akan tamat pada 31 haribulan Julai. Oleh itu mustahaklah diadakan Rang Undang-undang termasuklah Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Bill.

Seperti yang telah diterangkan, kerap kali bahawa sungguhpun Darurat akan tamat pada 31 haribulan Julai ini, tetapi musuh iaitu pengganas komunis masih lagi ada di negeri kita di antara sempadan Tanah Melayu.

Sudah saya terangkan tadi lebih kurang 580 orang lagi pengganas komunis di sempadan Tanah Melayu dan barangkali 90 orang lagi ada dalam negeri Tanah Melayu. Jadi, mustahak-lah kita mengadakan satu undang-undang supaya dapat Kerajaan meneruskan serangan terhadap pengganas-pengganas komunis ini supaya dapat dihapuskan dengan seberapa segera.

Begitu juga oleh sebab musuh masih ada dalam negeri kita yang mana musuh itu disebabkan dan memikirkan yang mereka itu telah kalah dalam peperangan yang akan menjalankan seberapa usaha tenaganya dengan cara meresap subversif hendak menjatuhkan Kerajaan negeri ini dan hendak merosakkan keamanan. Oleh sebab itu, mustahak-lah kita mengadakan undang-undang bagi mencegah atau melawan anasir-anasir subversif itu.

Undang-undang atau Rang Undang-undang yang ada ini bertujuan satu bagi hendak menjalankan peperangan di sempadan antara Tanah Melayu dengan Siam supaya pengganas komunis akan dihapuskan dengan segera. Kedua, hendak mencegah anasir-anasir pengganas komunis yang ada dalam negeri ini yang menjalankan pekerjaan dengan cara meresap atau subversif.

Berkenaan dengan bahagian yang kedua Rang Undang-undang ini iaitu bagi melawan pengganas komunis di sempadan Siam, dan oleh sebab peperangan akan diteruskan maka terpaksalah diadakan kuasa-kuasa yang banyak sedikit pada pihak Kerajaan dan pihak tentera dan juga pihak Polis bagi menjalankan tugas mereka itu.

Oleh sebab itulah didapati bahagian yang kedua dalam Rang Undang-undang ini ada kuasa yang besar itu diberi setengah dari pihak Kerajaan dan pihak pegawai-pegawai tentera, akan tetapi kuasa itu hanya-lah boleh digunakan dalam kawasan-kawasan yang tertentu yang telah diisytiharkan menjadi security areas (kawasan keselamatan), dan Kerajaan hendak menjadikan di-kawasan sempadan Siam ia-itu kawasan-kawasan di sebelah utara negeri Perlis, sebelah timur negeri Kedah, di utara negeri Perak, dan sebelah barat negeri Kelantan. Kawasan yang lain tidak akan dijadikan ’security area’.

Jadi, kawasan yang kedua dalam Rang Undang-undang ini akan digunakan dalam tempat yang tersebut sahaja. Berkenaan bahagian yang pertama dalam Rang Undang-undang ini sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa kuasa yang dikehendaki itu supaya hendak mencegah anasir-anasir subversif yang ada dalam Tanah Melayu ini. Dan fasal yang mustahak sekali dalam bahagian ini ialah bahagian Fasal 8 berkenaan dengan kuasa hendak mempertahankan orang yang difikirkan merbahaya kapada Keselamatan dalam Negeri.

Saya suka terangkan di sini Kerajaan tidak suka hendak memberi perintah supaya seseorang itu ditahan. Akan tetapi oleh sebab difikirkan kadang-kadang mustahak kerana keselamatan negeri, maka terpaksa di-gunakan kuasa ini. Dan apabila seseorang itu telah ditahan, Kerajaan berusaha supaya mereka itu dapat dilepaskan dengan seberapa segera.

Semenjak tahun 1957 hampir 200 orang tahanan telah dikeluarkan, bagitu juga orang yang ditahan sekarang apabila Kerajaan berpendapat mereka itu tidak lagi merbahayakan kepada keselamatan negeri dan mereka itu benar-benar taat setia kapada negeri ini, mereka itu akan dilepas dan dibebaskan dengan saberapa segera. Jadi itulah caranya Kerajaan menjalankan kuasa yang ada di dalam tangan Kerajaan pada masa yang telah lalu.

Dan saya boleh memberi akuan kapada Dewan ini bahawa kuasa-kuasa yang akan diberi kapada Kerajaan akan digunakan dengan cermatnya dan dengan semata-mata memikirkan kepada kepentingan dan keselamatan negeri.

Oleh itu, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat akan memberi sokongan kapada Rang Undang-undang ini.

Luahan Hati Anak Tahanan ISA

Testimoni anak seorang tahanan ISA
Suhaib Mat Sah
Thu | Jul 30, 09 | 12:40:48 pm MYT
Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Iklan

Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya……

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur…

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis….

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah… Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian….

7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah…

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur… Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya…hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut….

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan… namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan…

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Dipetik daripada blog merdekareview – azm _

Thursday, July 30, 2009

Dah tau siapa pembunuh?

SHAH ALAM - Siasatan berhubung kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock selesai semalam dan sedia digunakan dalam prosiding inkues yang akan bermula di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Siasatan polis merakam percakapan 77 saksi dan 28 daripadanya merupakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun kes berkenaan masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, walaupun siasatan lengkap diselesaikan menjelang inkues, polis masih meneruskan siasatan sekiranya terdapat sebarang petanda terbaru yang mempunyai kaitan dengan kematiannya.

“Kita terbuka dalam menerima sebarang laporan dan petunjuk baru, cuma sekiranya sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kematiannya hendaklah tampil memberi maklumat.

“Polis menyiasat berhubung punca kematiannya dalam membantu mahkamah mendengar inkues,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan lengkap yang dilakukan tidak boleh dihebahkan melainkan proses inkues mahkamah nanti membuat sebarang keputusan.

“Polis tidak menutup kes ini walaupun inkues berjalan, sebaliknya akan menasihatkan Majistret berkenaan perkembangan kes ini sekiranya terdapat unsur lain,” katanya.

Sementara itu, polis masih menunggu laporan pakar-pakar dan mereka berjanji akan menyerahkannya selewat-lewatnya malam ini (semalam) sebelum inkues bermula.

“Setakat ini, baru satu laporan diterima iaitu berhubung laporan Toksilogi daripada Jabatan Kimia manakala laporan daripada Patologi dan bedah siasat akan diterima selewat-lewatnya malam ini (semalam) untuk inkues yang akan bermula hari ini.

“Kita mula menghantar sapina semalam atau pemanggil saksi kepada semua saksi-saksi yang akan membantu kita dalam inkues.

“Jadi esok (hari ini) terpulang kepada Majistret untuk panggil berapa ramai saksi daripada 77 individu itu,” katanya.

Khalid berkata, pihaknya juga sudah mengadakan perbincangan dengan Pegawai Pendakwaraya dan segala maklumat yang diperlukan itu sudah cukup melainkan jika ada maklumat terbaru yang memerlukan polis melakukan siasatan lanjut.

Sehingga jam 6 petang, polis masih belum menerima sebarang maklumat berhubung siasatan daripada pakar yang dimaksudkan.- Sinar Harian

Saturday, July 25, 2009

Kematian Jasmin Ahmad dirancang!

Berita kembalinya seorang pengarah terkenal tanah air, Jasmin Ahmad amat menyedihkan banyak pihak.Ramai beranggapan bahawa kematian beliau merupakan kehilangan besar di dalam industri perfileman negara.
Apa pun tanggapan orang, bagi saya kematian beliau merupakan suatu yang telah dirancang. Saya juga bertanggunjawab ke atas kenyataan saya ini.

Kematian Yang Dirancang.

Kematian Jasmin Ahmad memang telah lama dirancang. Perancan utama kematian beliau memiliki kepakaran yang memang luar biasa dalam semua aspek. Saya memang kenali perancang kematian ini.Anda juga pasti kenal. Masakan anda tidak kenal dengan orang yang telah menciptakan sesuatu yang sungguh luar biasa.Masakan anda tidak kenal dengan pemilik segala harga benda di dunia ini. Masakan anda tidak kenal dengan Bos kepada seluruh bos yang ada di muka bumi ini.Dia ialah Rabbul Jalil.Allah tuhan pencipta alam.
Dialah yang menghidupkan dan mematikan.Maka, Dialah yang merancang segalanya untuk hambaNya. Dia jugalah yang merancang kematian si pengarah yang tersohor ini.

Pengajaran Kepada Yang Masih Hidup

Maka, kematian sememangnya pasti menjemput kita. Tak kiralah kita ini dipanggil orang dengan gelaran Dato' , Tan Sri mahupun Yang Maha Mulia. Siapalah kita untuk menghalang si Izrael datang membawa amanah dari Allah untuk mencabut nyawa kita?
Maka kerana itu, ingatlah firman Allah yang bermaksud " Apabila datang kepada kamu ajal kamu, maka tidak dilambatkan mahupun dicepatkan walaupun sesaat"

wallahual'lam

Monday, July 20, 2009

1000 Kerja Kosong di Kedah





3rd Kulim Career & Postgraduate Expo 2009

at Dewan Bandaran Kulim, Kulim, Kedah.

On the 25th and 26th July 2009 (Sat & Sun) at 10.00 am - 6.00pm

Come & Visit Us

Admission is FREE

Don't miss this great opportunity to meet the Premier Employers, Universities & Colleges in Malaysia :-

Please bring along hard copies of your resumes & certificates as well as CD-ROM containing your biodata.

Please indicate your name & contact number on the CD-ROM.

So, do turn up in full force and kindly share the good news with your friends and neighbours.

Always remember, when opportunity knocks, open the door to Success!

Warmest Regards
PenExpo Events Sdn Bhd
H/P No : 019-457-9471

Email Add : info@penexpo.com.my
Website: www.penexpo.com.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...